(Video) Bapa sanggup campak bayi sendiri gara-gara protes halang rumah dari diroboh!

PORT ELIZABETH: Seorang lelaki ditahan atas tuduhan cuba membunuh kerana mencampak bayinya dari atas bumbung rumah setinggan di kawasan Bandar Kwadwesi, Afrika Selatan.

Menurut jurucakap polis, Kapten Andree Beetge, bapa berusia 38 tahun itu memanjat bumbung sambil mendukung bayi perempuan berusia enam bulan sebagai usaha menghalang rumah mereka daripada dirobohkan.

Situasi genting itu memaksa sepasukan polis bersiap sedia sementara seorang lagi anggota memanjat bumbung rumah bagi menenangkan lelaki itu yang mengugut akan mencampak bayinya sekiranya pihak berkuasa enggan berundur.

(Video) Bapa sanggup campak bayi sendiri gara-gara protes halang rumah dari diroboh!

(Video) Bapa sanggup campak bayi sendiri gara-gara protes halang rumah dari diroboh!

 

(Video) Bapa sanggup campak bayi sendiri gara-gara protes halang rumah dari diroboh!

(Video) Bapa sanggup campak bayi sendiri gara-gara protes halang rumah dari diroboh!

Cubaan pihak berkuasa memujuk lelaki itu gagal dan dia nekad mencampak bayinya.Anak kecil itu bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota polis yang sedia menunggu di bawah.

Akibat tindakannya itu, dia ditahan dan diserahkan kepada Unit Keganasan Domestik, Perlindungan Kanak-kanak dan Penderaan Seksual untuk tindakan susulan.

Sementara itu, usaha 150 penunjuk perasaan membaling batu dan membakar tayar bagi menghalang operasi meroboh 90 rumah setinggan yang dibina secara haram di kawasan Joe Slovo itu menemui kegagalan apabila pihak berkuasa tetap melaksanakan tindakan mereka

VIDEO:

. – Dailymail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *