Dia Suruh Beli Dia Pulak Yang Usik!” -Usik Wawa Zainal, Netizen Terhibur Aeril Zafrel Kenakan Isteri!

Siapa yang tidak biasa dengan usikan mesra antara pelakon Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal bukan?

Selang beberapa minit yang lalu Aeril telah memuat naik beberapa keping gambar Wawa yang mengenakan tudung biru dan subang emas.

Dia Suruh Beli Dia Pulak Yang Usik!” -Usik Wawa Zainal, Netizen Terhibur Aeril Zafrel Kenakan Isteri!Dia Suruh Beli Dia Pulak Yang Usik!” -Usik Wawa Zainal, Netizen Terhibur Aeril Zafrel Kenakan Isteri!

Gambar berkenaan yang menunjukkan Wawa sedang memakai subang berbentuk daun kering akhirnya menjadi bahan usikan Aeril.

Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen “Daun kering kat depan rumah tu jangan dibakar. kalau kreatif boleh buat aksesori macam ni. jimat bukan??” mendapat hampir 1K perkongsian daripada warga Twitter yang mana rata-ratanya terhibur dengan usikan Aeril.

Gambar itu yang turut di muatnaik di laman Instagram turut menerima komen daripada Wawa yang mempertikai tindakan suaminya yang sering memuat naik gambar ‘buruk’nya.

Namun berlainan pula kata Wawa apabila wanita itu memaklumkan bahawa suaminya yang memintanya untuk membeli dan memakai subang berkenaan untuk tampil lebih berfesyen.

Ohh dia yang suruh beli dia yang usik?

Sumber Twitter Aeril Zafrel via kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *