3 Benda Yang Menukar Daripada Orang Biasa Menjadi Kaya Raya Secara Tak Sengaja

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pepatah ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang sangat bernasib baik. Tanpa mereka sedar barang-barang yang ada dekat sekitar mereka tu sangat berharga sampaikan nilai dia cecah jutaan ringgit!

 

1. Dinding Yang Penuh Dengan Syiling

Kisahnya bermula apabila seorang budak lelaki main sorok-sorok dalam sebuah rumah lama dekat Pennsylvania dengan kawan dia. Tetiba dia terjumpa sebuah dinding yang penuh dengan duit syiling. Dia bagitahu dekat mak bapak dia dan diorang decide untuk pecahkan dinding tersebut. Dianggarkan nilai dinding tersebut adalah $200,000.

 

2. Emas

Benda ni berlaku dekat Australia. Seorang peladang sesaja berjalan dekat sebuah kawasan lapang guna metal detector. Tiba-tiba benda alah tu berbunyi dan dia pun korek. Bila korek je tanah dekat situ, dia terjumpa 5.5 kilogram emas yang bernilai lebih $315,000.

 

3. Batu Permata

 

Dan sekali lagi berlaku di Australia. Seorang pelombong telah menemui sebiji batu pertama besar warna biru. Lama dia simpan, lebih kurang 14 tahun dan lepas tu baru dia tunjuk dekat pakar pasal batu-batu permata ni. Dan pakar tu cakap nilai bau tu adalah $3 Juta!

 

Sumber: Brightside.me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *