Penumpang Kapal Terbang Nyaris Maut Selepas Pesawat Terjunam Di Tebing Tinggi

Sebuah jet penumpang tersangkut di tepi tebing setelah tersasar dari landasan di sebuah lapangan terbang di utara Turki.

Imej-imej dramatik menunjukkan pesawat putih yang tergantung di permukaan tebing yang curam dan berlumpur berlatar belakangkan Laut Hitam.

“Kami terhumban ke depan, bahagian depan pesawat terjunam dan belakang pesawat itu naik, ada yang panik, orang ramai berteriak, menjerit,” salah seorang penumpang, Fatma Gordu, memberitahu agensi berita pemerintah Anadolu.

Kesemua 162 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat ketika pesawat tersasar dari landasan pada hari Ahad, dipindahkan dengan selamat oleh perkhidmatan kecemasan. Tiada penumpang yang cedera dilaporkan.

Pesawat Boeing 737 milik Pegasus Airline dalam perjalanan dari ibukota Turki Ankara ke Lapangan Terbang Trabzon ketika kejadian berlaku.

Setakat ini belum diketahui punca pesawat terbabas ke permukaan tebing.

Gabenor tempatan, Yucel Yavuz, berkata satu siasatan telah dilancarkan berkaitan kejadian itu.

Lapangan terbang yang terletak di wilayah Turki dengan nama yang sama, ditutup beberapa jam selepas itu tetapi kini telah dibuka semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *